DASAR HAL EHWAL MURID (HEM).
PENDAHULUAN
Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. , atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh HEM untuk memastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.
MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksimum bagi menyuburkan potensi kepimpinan.
OBJEKTIF
PENDAHULUAN
Hal Ehwal Murid sekolah ini mempunyai tekad dan komitmen terhadap prestasi murid khususnya dari aspek akhlak dan sahsiah serta ketrampilan mereka. , atas dasar inilah, matlamat dan objektif pengurusan HEM bertunjang kepada kebajikan, keselamatan dan akhlak serta disiplin murid sentiasa pada tahap yang baik serta berkualiti sehingga mampu memberi sumbangan kepada bangsa, agama dan negara.
Kejayaan cemerlang sesebuah sekolah banyak bergantung kepada bagaimana sekolah menguruskan hal-hal berkaitan disiplin, sahsiah, dan komitmen murid-muridnya.
Atas dasar inilah pihak sekolah telah merancang dan melaksanakan pelbagai program yang dianjurkan oleh HEM untuk memastikan matlamat sekolah tercapai. Kerjasama yang erat antara semua guru dan murid mampu merealisasikan wawasan sekolah ini.
MATLAMAT PROGRAM HAL EHWAL MURID
Membantu dalam perkembangan diri dan sahsiah murid supaya murid berfungsi sebagai individu yang seimbang, berdikari, berpengetahuan dan berkemahiran, berfikiran kreatif dan kritikal, memupuk potensi dan kebolehan ke tahap maksimum bagi menyuburkan potensi kepimpinan.OBJEKTIF
Memahami konsep dan peranan serta bidang tugas Pengurusan Hal Ehwal Murid.
Menghasilkan satu program Hal Ehwal Murid yang dapat membantu kecemerlangan di peringkat sekolah.- Menyediakan dan memupuk murid yang bersahsiah dan berketrampilan.
STRATEGI PERLAKSANAAN BAGI MENCAPAI MATLAMAT PENGURUSAN HAL EHWAL MURID
Sistem Pendaftaran Pelajar.
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan pada hari pendaftaran adalah seperti berikut :

- Pendaftaran di kelas dengan menyerahkan borang maklumat murid.
- Taklimat sistem pentadbiran sekolah kepada ibu bapa atau penjaga.
- Memasukkan data murid ke dalam buku rekod pendaftaran sekolah dan maklumat murid sebelum akhir bulan Februari
Penguatkuasaan Peraturan Sekolah.
- Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Displin Sekolah.
- Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
- Membuat pelantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun empat hingga enam.
- Semua pengawas yang dilantik perlu melalui proses berikut :
- Pencalonan oleh guru kelas.
- Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab.
- Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
- Majlis watikah perlantikan
- Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan .
Perlaksanaan Program-Program Kesihatan.
- Memastikan perlaksanaan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) menepati sasaran dan matlamat perlaksanaannya seperti berikut:
- Bilangan murid yang terlibat.
- Pemilihan murid yang tepat.
- Penyediaan menu yang berkhasiat.
Memastikan pelajar menggunakan sepenuhnya waktu rehat secara berfaedah seperti berikut :
- Cukup masa untuk membeli dan menjamu selera.
- Berinteraksi dengan kawan-kawan.
- Bersedia untuk sesi pemudah cara seterusnya.
Membuat pemeriksaan kesihatan secara berkala seperti :
- Pemeriksaan mata.
- Pemeriksaan gigi.
- Pemeriksaan kuku dan rambut.
- Pemeriksaan kesihatan dan kebersihan diri.
Memastikan pengurusan kantin dan persekitaran sentiasa bersih.
- Pekerja kantin mendapat suntikan dari jabatan kesihatan.
- Jenis-jenis jualan di kantin adalah berkhasiat dan berkualiti.
- Penyediaan makanan adalah secara masak sendiri
- Tong-tong sampah disediakan mencukupi keperluan.
Mewujudkan tabiat sukakan kebersihan melalui aktiviti berikut :
- Pertandingan kebersihan dan keceriaan kelas.
- Gotong-royong.
- Mengutip sampah dan masukkan ke tong sampah secara spontan bila menjumpainya.
Mempertingkatkan Peranan Guru-Guru.
- Guru perlu sentiasa memberi layanan yang adil kepada semua murid dalam sebarang tindakan yang diambil.
- Tindakan-tindakan guru adalah dalam konsep “MENDIDIK BUKAN MENGHUKUM”.
- Semua guru perlu memainkan peranan sebagai GURU DISIPLIN.
Melaksanakan Sesi Kaunseling & Motivasi.
- Murid-murid yang menghadapi masalah disiplin dan rendah akhlak akan sentiasa diberikan kaunseling dan dibimbing melalui aktiviti berikut :
- Sesi kaunseling Individu
- Sesi kaunseling kelompok
- Lawatan khas guru kaunseling ke rumah.
- Kem Jati diri
Pelaksanaan modul-modul Dalam Program Sekolah Selamat.
- Melatih murid-murid menyelamatkan diri dari keadaan kecemasan seperti kebakaran melalui LATIHAN KAWAD KECEMASAN.
- Mengadakan sesi ceramah dari pihak-pikah tertentu berkaitan perkara berikut :
- Keselamatan jalan raya.
- Jenayah juvana
- Pertolongan cemas
- Penyalahgunaan dadah.
Penggalakkan Penyertaan Aktiviti Luar.
- Murid-murid digalakkan menyertai aktiviti luar bilik darjah, yang dianjurkan oleh pelbagai pihak seperti :
- Menyertai pertandingan melukis dan mewarna.
- Menyertai rombongan atau lawatan sambil belajar.
- Menyertai pertandingan kokurikulum akademik
- Menyertai pertandingan sukan dan permainan.
AKTIVITI-AKTIVITI HAL EHWAL MURID 2019
Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1
Pendaftaran tahun 1 ini dijalankan sepanjang tahun melalui ‘online’ sebelum sesi persekolahan awal tahun bermula. Murid-murid Tahun 1 diberikan pendedahan awal tentang kelas dan kawasan persekitaran sekolah bagi membiasakan mereka dengan suasana persekolahan yang baru.
Kursus Kepimpinan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Kursus ini diadakan bagi memberi pendedahan ciri-ciri kepimpinan dan motivasi kepada pengawas, ketua dan penolong ketua kelas.
Selain itu, ia juga bertujuan untuk menerapkan ciri-ciri dan nilai kepimpinan dalam kalangan mereka bagi memastikan mereka dapat menjalankan tugas dengan baik seperti yang diamanahkan.

Watikah Perlantikan Pengawas, Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah
Sekolah juga menjalankan perlantikan pengawas, ketua darjah dan penolong ketua darjah pada awal tahun sesi persekolahan pada setiap tahun. Perlantikan ini bagi memberikan perlantikan secara rasmi murid-murid yang telah dipilih menjawat jawatan-jawatan tersebut.
Latihan Kebakaran
Latihan kebakaran diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun, iaitu sekali pada penggal pertama dan sekali pada penggal kedua.
Pihak sekolah juga memanggil Jabatan Bomba berhampiran untuk memberikan ceramah keselamatan dan teknik-teknik memadam api dengan betul.
Sambutan Hari Kanak-Kanak
Mulai tahun ini, pihak sekolah akan menyambut hari kanak-kanak dan Hari kokurikulum dengan bergabung bersama unit kokurikulum. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti sukaneka, sukan, persembahan dan pelbagai lagi.

RMT
Seramai ___________ orang murid dari sekolah ini telah mendapat RMT. Murid-murid tersebut diberikan makanan pada pukul 7.00 pagi.
Murid lain membawa bekalan dari rumah atau membeli makanan di kantin. Suatu taklimat diberikan kepada ibu bapa mengenai pentingnya bersarapan pagi.

Program Imunisasi Murid Tahun 1 dan 6
Program Iminusasi Murid Tahun 1 diberi pada awal tahun dan untuk murid Tahun 6 pada pertengahan tahun. Kedua-dua Imunisasi ini diberi oleh klinik kesihatan yang berhampiran iaitu Klinik Kesihatan Jerantut. (Jadual akan diberi oleh klinik kesihatan pada awal tahun).
Rawatan Pergigian
Rawatan pergigian diberikan juga oleh klinik kesihatan berhampiran dan pihak sekolah telah menyediakan satu bilik khas untuk doktor berkenaan memberikan rawatannya. Rawatan ini diberikan sepanjang tahun.

Pendaftaran Murid Tahun 6 ke Tingkatan 1
Pihak sekolah juga membuat persediaan dan pendaftaran untuk murid-murid Tahun 6 ke Tingkatan 1. Biasanya borang-borang yang berkenaan akan mula diisikan selepas pentaksiran UPSR. Selain itu,
pihak sekolah juga membantu murid-murid yang layak dan ingin memohon ke sekolah berasrama penuh .
Pertandingan Kebersihan Kelas
Pertandingan kebersihan kelas akan diadakan sepanjang tahun. Kebersihan dinilai oleh pihak pentadbir dan kelas yang terbaik diberikan satu piala pusingan.
Gotong-royong Perdana Peringkat Sekolah
Pihak sekolah sering menjalankan gotong-royong perdana peringkat sekolah dengan kerjasama PIBG, dan pelbagai pihak lagi bagi memastikan kawasan seolah bersih ceria dan selamat .
Bantuan Kebajikan Murid
Pihak sekolah juga mendapat bantuan sumbangan daripada pihak luar seperti PIBG, ADUN dan pelbagai lagi dalam membantu murid-murid yang kurang berkemampuan. Bantuan-bantuan yang diberi seperti pembelian alat tulis dan peralatan sekolah, kasut, baju dan pelbagai lagi.

Sesi Kaunseling
Sekolah tidak mempunyai guru kaunseling sepenuh masa namun pengurusan sekolah telah melantik seorang guru kaunseling. Guru kaunseling tersebut banyak menjalankan program kaunseling bagi membantu murid-murid terutama murid-murid yang bermasalah. Selain secara berkelompok, sesi kaunseling individu juga dijalankan.
Program Ceramah Keselamatan Bersama Polis
Pihak sekolah sentiasa menjalinkan hubungan yang baik bersama pihak polis bagi menjamin keselamatan murid-murid sekolah terjaga. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti ceramah keselamatan dan pameran-pameran dijalankan bagi memberikan pendedahan kepada murid-murid tentang keselamatan diri masing-masing.

No comments:
Post a Comment